Monday, May 24, 2010

Air Hujan Itu Sama Air Kencing Anjing Hitam

cerita ni aku dapat dari email kawan aku bagi..saja aku nak share ngan korang semua..ye la, benda baik mesti lah dihebohkan agar semua mendapat keberkatan kan..=)

Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya.

Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam." Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah SWT.
 

Pasangan ini terlalu gembira dan bersyukur kepada Allah. Si isteri teringat akan nazar atau perjanjiannya
dengan Tuhan. 


Setelah menceritakan kepada suaminya, si suami pergi mencari anjing yang dimaksudkan. Puas dicari dari kampung ke kampung, namum tidak juga ditemui.

Jika bertanya kepada orang-orang kampung, suami ini dituduh gila. Dengan izin Allah SWT, berjumpalah suami ini dengan seekor anjing hitam yang sedang kencing. Air kencing itu ditadah! dan dibawanya pulang
dengan hati gembira. 


Namun si isteri tidak sanggup meneguk apabila melihat rupa dan bau kencing yang sangat menjijikkan itu. Di wajah masing-masing terpancar kerisauan kerana tidak mampu menunaikan nazar tersebut.

Mereka pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan segalanya. Rasulullah pun menasihatkan mereka supaya pergi ke sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang tidak menunaikan solat terletak di hujung kampung itu.

Baginda berkata :

"Apabila hujan turun di atas bumbung rumah itu, kamu tadahkan airnya dan minum. Air hujan itu menyamai air kencing anjing hitam itu."



Alangkah dahsyatnya sebuah rumah yang penghuninya tidak mengerjakan solat.




...gambar ni tak ada pun kaitan hidup ke mati, saja hiasan..hehe...

beautiful is happy





   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails