Wednesday, May 18, 2011

Carta Alir Nak Buat Apa Selepas Graduation

salam and hello..

sekarang kan memang tengah student university cuti break dan ada yang final year student telah berjaya menamatkan pengajian dorang..hmm ada jugak ke yang tengah sibuk mencari kerja dan ada pulak yang terfikir nak sambung belajar ke? untuk yang dah ada mindset nak pergi mana, bagus la..untuk yang masih tak tahu dan masih memikirkan tentang next journey, jom la jawab carta alir ni..hehe..(just for fun ok)

beautiful is happy




    

Tuesday, May 17, 2011

Maksud Di Sebalik Kedudukan Ekor Kucing

salam dan hello..

hmm point ni bagus untuk yang memang meminati kucing..contohnya macam saya..hehe..kalau korang perasan kat kucing ni, dorang nya ekor memang selalu berubah-ubah kedudukan..perasan kan? hmm ni sebab, kucing boleh ekspreskan perasaan dia melalui ekor! haa jangan ingat kucing tak ada perasaan dah lepas ni sebab dengan panduan gambar di bawah ni, korang akan tahu perasaan kucing tu time tu...=) meow

beautiful is happy




    

Anak Kantoi Merokok Dengan Borang Survey Emak

salam dan hello...

hehe memang nak tergelak..si ibu ni mungkin seorang yang memang aktif membuat survey siap dengan anak sendiri pun dia bagi borang survey yang bertajuk 'housing questionnaire'..hehe..tapi soalan kat borang tu memang la tersangat sempoi sebab dia guna bahasa yang boleh anak dia faham..

yang paling best tu, part dia asyik ulang tanya pasal rokok..dia tahu anak dia tipu dia, sebab tu dia tanya banyak kali nak tengok kejujuran anak dia..so, pengajarannya, tak baik menipu terutama orang tua kita..=) (credited to Jessie E).

(boleh double click untuk enlarge)

beautiful is happy




    

Monday, May 16, 2011

Cita-Cita Budak 6 Tahun Tercapai

salam dan hello...

korang masih ingat tak entry before ni yang saya buat bertajuk: 'Surat Minta Kerja Paling Sempoi' yang ditulis oleh seorang budak lelaki umur 6 tahun..kalau terlepas, boleh klik sini: MINTA KERJA

ok, ni entry sambungan dari entry tu..budak kecil tu dah berjaya dapat kerja tu!!! waaa korang tau tak jawatan budak tu apa? Director of FUN!!! waa caya la budak ni..budak ni akan memberikan idea menarik untuk tambahkan lagi unsur fun kepada train museum company tu..tahniah la...so, yang penting kita kena berani dan percaya pada diri sendiri, mesti akan dapat apa kita cita-cita kan!!

beautiful is happy

             

Sunday, May 15, 2011

FDA Melaporkan Benda Aneh Dalam Makanan

salam dan hello...

issh memang geli juga time nak tulis entry ni..sorry yee kalau sesiapa yang tengah makan tu..ni haa FDA melaporkan beberapa aduan yang telah dikenalpasti wujud akibat menjumpai benda aneh dalam beberapa jenis makanan ni..dan yang memeranjatkan tu, separuh tu adalah makanan dari restoran yang famous macam McD dan Subway..jom tengok supaya korang pun berhati-hati nak makan lepas ni

anak tikus dijumpai dalam sos ni

kepala ayam dalam ayam goreng McD

Pisau 7 inci tu dalam roti Subway

katak mati dalam air pepsi ni

labah-labah hitam ni dalam celah-celah gugus buah anggur

kondom dijumpai dalam sup ni..apa kes?

kuku jari dalam frozen yogurt..eee

beautiful is happy




    

Saturday, May 14, 2011

Rumah Iron Man Nak Dijual

salam dan hello..

hmm banyak pulak rumah dalam filem nak dijual ni..before ni entry pasal rumah filem Home Alone tu nak dijual..kali ni rumah filem Iron Man nk dijual pula..kalau korang masih ingat, rumah yang Iron Man duduk kat atas bukit dan banyak kaca-kaca dinding dia tu..harga nak dijual ialah USD 25million..kena rompak bank ni, mahal bebenor..jom tengok

fulamak, besar betul tempat garage dia kan..

beautiful is happy




   

Proses Membuat Kuih Manja

salam dan hello..

di pagi Sabtu ni untuk yang belum sarapan eloklah tu..pergi la cari nasi lemak ke kuih ke..salah satu darinya, kuih manja..hehe..pernah dengar ke kuih manja? hmm bentuk dia macam apam balik yang kecil tu, tapi dia lagi kecil dan lembut macam tepung kaya ball tu..kuih ni saya jumpa time di Kelantan kat pasar malam Pengkalan Chepa..memang murah sebab 10 biji dapat RM1..kira satu tu seposen..tapi rasa dia nak dekat sama macam kaya ball..cuma bentuk dia lain sikit..jom tengok..


 letak dulu bancuhan tepung kuih manja..buat bentuk bulat-bulat leper

penuhkan kuali pembakar tu dengan bancuhan tepung

letak la jem kaya kat bahagian tengah tepung tu

kena letak cepat-cepat before tepung kat bahagian bawah hangus

habiskan letak kaya kat semua bahagian

lipat dua dan dah siap..=)satu baris tu ada 10..so, senang nak kira..


BEAUTIFUL IS HAPPY




   

Pecah Rekod Dunia, Kesan Daripada Implan Payu Dara

salam dan hello..

mula time baca news ni memang agak terkejut..sebabnya, perempuan ni dah pecah rekod dunia mempunyai payu dara paling besar di dunia (saiz 164xxx)..korang tengok pun terkejut laa..tapi sebenarnya bukan kehendak dia untuk dapat payu dara sebesar tu..

ok story dia camni, mula dia nak besarkan macam biasa, tapi dia lakukan proses pembedahan tu bukan di tempat yang sah dan berlesen..mungkin sebab nak dapat harga murah kot..then, dia tak tahu pun time surgery tu, ada polypropylene string dalam implan dia..then, polypropylene tu la yang pecah dan menyebabkan saiz payu dara dia membesar sebanyak 1 inci dalam sebulan, sehingga jadi macam sekarang..dan setelah berjumpa dengan doktor, doktor pun tak dapat nak buang polypropylene tu sebab dah pecah dan hancur dalam payu dara dia..kesiannya dia..



BEAUTIFUL IS HAPPY





   

2 Minggu Di UMBI PPUKM, Cheras

salam dan hello..

korang pernah dengar tak UMBI? haa ni nak gitau la UMBI ni merupakan salah satu institusi penyelidikan yang terbaik di Malaysia ni..untuk yang tak tahu, UMBI ni terletak di PPUKM Cheras..haa kat UMBI dorang banyak buat research mengenai molecular biology, proteomic, cell cuture, animal study, genomic dan banyak lagi..hehe..

saya dan kawan saya telah mendapat peluang keemasan oleh Ketua Jabatan untuk mempelajari teknik proteomik di UMBI ni selama 2 minggu..even sekejap tapi pengalaman ni memang berharga sebab saya banyak belajar benda yang saya tak pernah buat sebelum ni..terus terbeliak mata..hehe..jom saya nak tunjukkan intro lab UMBI ni (surface dulu ok) melalui gambar kat korang..nanti cerita pasal lab work tu kita sambung Part 2 ke 3 ke..hehe

ok ni penanda jalan ke UMBI, naik tingkat 7 ok..

ok boleh masuk ke pintu depan dia

ni ruang untuk staf admin

ok, tempat student nak access internet..tapi kat UMBI tak boleh on Facebook ok! huhu

bilik Journal Club untuk UMBIans..hehe

ni lorong nak masuk ke lab..tu la pengajar saya, nama dia Fara..=)

saja nak tunjuk pancur air tu..hehe..tengok ada dark room tau! tempat buat filem gambar 

OK, nanti saya update lagi gambar lain pulak ok..tunggu..=)

beautiful is happy




   

Jom Main Game Angry Birds Online For FREE

salam dan hello...

waa akhirnya dapat aku merasa main game Angry Birds ni..hehe comel je..tak sangka game yang simple macam ni boleh jadi game yang paling banyak orang download dan menang Application of The Year Award..game ni selalu hanya boleh main kat i-phone..tapi sebabkan permintaan tinggi, game ni boleh main kat online website guna komputer for free..=) thanks to Google Chrome..jom cuba..


 level 10 ni saya tak lepas-lepas..huhu..agak susah..

nak main boleh ke link berikut:






   

Carta Alir: Berminat Nak Bekerja Di Angkasa Lepas?

salam dan hello..

hmm ni lagi entry pasal carta alir..memang best..saya dah jawab dah..dapat jadi penulis sci-fi..hehe..dulu masa saya darjah 1 ada pasang cita-cita nak jadi astronaut..tapi masa tu Malaysia tak lagi explore bidang angkasa lepas..sekarang budak-budak memang beruntung sebab banyak peluang depan mata..so, sesiapa berminat nak bekerja di angkasa, jom jawab carta alir dibawah..

beautiful is happy




   

Cara Nak Minum Air Panas Dengan Cepat

salam dan hello...

waa memang suka dengan ciptaan Coffee Joulies ni..ia merupakan nama untuk sebuah ciptaan baru yang boleh menyerap haba pada air kopi atau teh yang panas! selalunya kan, kita akan meniup untuk minum air panas tu dan kadang-kadang lidah kita akan melecur sebab minum air terlalu panas tu..

dalam islam kan, tak elok minum air panas yang ditiup, seeloknya kita tunggu air tu sejuk sikit baru la minum..tapi kan ambil masa agak lama juga baru dapat minum..so, ini dia Coffee Joulies yang berbentuk macam biji kopi..dia memang fully metal dan tak berbahaya..hanya letak beberapa biji dalam cawan dan dalam 1-2 minit kita dapat minum air panas tu macam minum air suam-suam..memang best la..boleh try..=)

ok, nak minum air panas dengan mudah, berikut la caranya:

1. sedia la gelas atau cawan kosong

2. sediakan Coffee Joulies

rupa coffee joulies

3. masukkan dalam cawan

4. masuk la air panas

5. rupa air teh-o panas belum letak susu

6. siap da air teh susu panas, dan terus boleh minum sebab
macam air suam je suhu dia dengan coffee joulies

BEAUTIFUL IS HAPPY




    

Thursday, May 12, 2011

Kuiz Kesedaran Untuk Memakai Seluar

salam dan hello..

hehehe nak tergelak tengok kuiz ni..ada ke pulak kuiz macam ni? pakai seluar ke tidak? hehe sebab menurut kajian di overseas, orang perempuan sering kurang titikberatkan part seluar berbanding baju..sebab tu muncul kuiz macam ni..ada orang dah siap-siap tapi lupa pakai seluar? hehe..jom tengok dan cuba jawab kuiz ni..=)

(better double click untuk besarkan gambar ni..selamat menjawab..hehe)

beautiful is happy




    

Pencipta Topi Pelik Tetapi Cantik

salam dan hello..

hmm kalau korang tengok perkahwinan Will and Kate sebelum ni, mesti korang perasan seorang perempuan yang pakai topi paling pelik macam bentuk kala jengking pun ada..itu adalah topi Princess Beatrice yang dicipta oleh Philip Treacy! 
Philip Treacy ni rupanya memang sangat handal dan pakar dalam mereka topi dengan bentuk yang pelik-pelik dan tak terfikir oleh orang lain..dan kebanyakan customer Philip Treacy ni adalah dari kerabat diraja British dan ada juga artis yang tak lain dan tak bukan Lady Gaga..hehe..jom tengok antara hasil Philip Treacy
ni la Philip Treacy tu..


beautiful is happy




   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails